Dera Amah | Pengurus syarikat swasta mengaku tidak bersalah

2022-09-22 0

Seorang majikan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang pada Khamis atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Tertuduh yang merupakan pengurus syarikat swasta, K.Rineshini Naidu, 35 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.